Saturday, July 23, 2011

Untuk Lelaki yang bernama 'DIA'

Malam ni saya sedih. Teramat-amat sedih.
Tapi tiada siapa yang tahu.
Pilu, hiba, sedih yang teramat.
Saya rindukan si DIA.
Tapi sekarang hubungan kami semakin renggang.
Kami semakin jauh...
Saya rindukan DIA.
Saya rindukan saat-saat kami bersama.

Saat dan tika kami berdua ketawa, bergurau, keluar berdating.
Melepak, DIA membuli saya, pergi bermain BUAIAN serta menemani DIA bermain badminton.
Keluar pergi makan kat Kandang, Giant. Mahupun;
Pergi beli makanan kat depan kawasan Kolej.

Kami mendapat title "Romeo & Juliet" oleh pasangan suami isteri yang menjual makanan.
Bila kami datang dia akan tegur. Dah tahu apa makanan yang akan kami beli.
Lauk yang saya dan DIA beli tiap-tiap hari sama.
Tak berubah.
DIA suka kari daging cincang.
Saya suka ikan keli masak berlada.

Itukah rutin KAMI.
Saya tidak pernah minta seseorang yang hadir dalan hidup saya.
Tiba-tiba pada akhir semester, saya mengenali DIA.
DIA banyak mengajar serta memberi nasihat dan juga mengambil hati saya.
Semakin hari semakin bertambah sayang.
DIA sangat SPEACIAL untuk saya.
Walaupun saya tidak sempurna, DIA sangat menyayangi saya.
Saya bukanlah cantik, mahupun berduit.
Tapi DIA tetap memilih saya.

Pada hari terakhir saya berjumpa dengannya, iaitu pada 13 MEI 2011.
Saya menghantar DIA ke KLIA.
Saya menemani DIA sehingga DIA check in.
Saya sedih, kerana terpaksa berpisah dengan dia.

Pada malam sebelum itu, saya tidak dapat tidur.
Kenapa? Sebab saya dah terlalu sayangkan DIA.
Saya tidak boleh nak berjauhan dengannya.
Saya cuba untuk lelapkan mata. Tapi saya KALAH.
Saya menangis keseorangan. Saya tatap wajahnya.
DIA tidur dengan lena.

Malam itu, untuk lelapkan mata, saya terpaksa buka lagu 'My Sleeping Song'.
Lagu yang dinyanyikan oleh Muse - Unintended.
Lagu itu pernah dinyanyikan oleh DIA, untuk saya sambil mainkan gitarnya.
Saya suka lagu tersebut. Saya suka dengar DIA nyanyi lagu tu.
Sangat menyentuh jiwa saya mendengar suaranya. Saya rindukan DIA, Suara DIA serta gitarnya.
Saya jadikan sagala feveret songs DIA, menjadi feveret songs saya.
KESEMUANYA... Apa yang DIA suka, turut menjadi kesukaan saya.

Tapi, itu semua kenangan.
DIA jauh, saya pun jauh.
Bila DIA jauh dengan saya, saya semakin janggal.
Hubungan kami mendapat restu oleh keluarga saya, tapi keluarga DIA, TIDAK.
Saya sedih. Saya kesian dekat DIA.
Saya SAYANGkan DIA.
Tapi kenapa mesti bila saya bersama dengan DIA? Bukan orang lain...
Kenapa??? Kenapa mesti saya?

Masuk awal bulan August 2011 ini, adalah merupakan Ulang Tahun Tarikh Perkenalan kami...
Masuk enam (6) bulan kami bersama.
Pejam celik, tak sangkakan. Dah masuk setengah tahun.
Dia pernah berpesan kepada saya, bila saya dengan DIA jauh,
Jangan lupakan DIA. Jangan lupa selalu call DIA, sms DIA.

Saya paling suka tentang DIA adalah: DIA sangatt suka dimanjakan oleh saya.
Suka ada orang menjaga DIA, membelai rambut DIA.
DIA selalu berebut dengan saya, berlawan siapa dulu yang akan hantar msg,
Sejurus DIA menghantar saya ke Hostel.
Tetapi, selalunya DIA lah yang menang.
DIA tidak pernah jemu ucapkan perkataan I LOVE U dekat saya.
Setiap masa, tidak pernah lekang.
Saya sangat-sangat rindukan saat-saat manis tu...

Buat si DIA, saya sangat-sangat merindui KAMU, saat manis KITA bersama, berdua.
Sangat merindui attitude KAMU yang suka bermanja dengan saya.
Saya rindukan suara KAMU. Saya rindukan segalanya mengenai KAMU.
Saya SAYANGkan KAMU...


6 comments:

  1. be strong dear !! really touched when i read this...

    ReplyDelete
  2. Diana: hmm... Thanks. Ur da first person read tis. hu... ='((

    ReplyDelete
  3. ur wlcome.. just be strong yea... ;)

    ReplyDelete
  4. Ya.. hve to be strong dear..=)
    cool mcm i. hahahhaa..=p

    ReplyDelete