KISAH APPLE, MR. M DAN HAMMER
Perjalanan mengUpdate Blog akan diteruskan dengan giatnya...
Kisah yang nak diceritakan ni adalah mengenai:
KISAH CINTA.
Malam ni saya teringat satu kisah romantik sahabat saya
yang membuatkan saya ingin imbas kembali cerita tu.
Ikatan persahabatan yang tidak pernah terduga.
Tak pernah pun sahabat saya ni sangka yang dia akan terikat dengan cinta siber.
Haha. Iyalah. Sukar nak dipercayai orang yang tidak pernah dikenali.
Sahabat saya ni, saya rahsiakan namanya. Biarlah saya saja yang mengetahui.
Okay. Si Perempuan saya namakan dia dengan nama : APPLE.
Si Lelaki pula saya namakan dia dengan nama : Mr. M.
Ceritanya begini. (Neh mengikut owner cerita tau! He.)
Sebenarnya Si APPLE ni dah lama fwen dengan si mamat neh, Mr.M.
Tapi tahu jerlah si APPLE ni, nak hirau dak lelaki yang tak dikenali, jarang sekali.
Susah gak ar nak kawan ngan dia. Cewah! Berlagak dowh~ :p
Nak dijadikan cerita lah kan, satu hari selepas si APPLE balik holiday dari Johor,
dia pon meneruskan tugasnnya iaitu berFB!
Memang itu rutin harian APPLE sebenarnya. Makan, tidur, mandik semuanya adalah: berFB.
Haiyakk! APPLE... APPLE...
Semenjak dari itu, Mr. M mula memanggil si APPLE dengan gelaran MAMI. Satu percubaan baru. Kemudian, Mr.M listkan APPLE sebagai HIS MOTHER kat FB dia. Dari situ, mereka sering kali berhubung, namun tidak pernah untuk berjumpa. APPLE tidak pernah membayangkan bagaimana rupa, keadaan dan SIAPA Mr. M ini. Kerana APPLE ikhlas untuk berkawan dengannya. Nak dijadikan cerita juga, pada satu hari, bilik kawan Si APPLE telah terkunci dari dalam. Oleh disebabkan kami semua perempuan, jadi kami buntu untuk melakukan sesuatu bagi membuka pintu tersebut. Pelbagai cara, kaedah telah dilakukan tetapi semuanya HAMPA.
Kebetulan pada waktu itu, sedang-sedang semua rakan sibuk memecahkan pintu bilik, si APPLE masih lagi dengan dunianya. Mr M lah jika bukan siapa lagi. Bila ditegur oleh rakan sebilik, asyik tersengih senyum sorang-sorang. Hadoii... Pandai Mr.M amek hati si APPLE ni. Bertuah punya badan yee...
Dalam kekalutan itu, si APPLE mula teringat akan Mr. M dan meminta bantuan dengannya.
Wahh... Buat kali pertama APPLE akan berjumpa sahabat sibernya, Mr. M.
Berdebar APPLE duk tunggu Mr.M untuk membawa tukul bagi memecahkan pintu bilik yang terkunci.
Masa tu APPLE memakai baju kurung warna Coklat.
Maka tunggulah Si APPLE menantikan Mr. Mnya di bawah blok 4A.
Ishh, macam-macam perasaan yang datang. Terfikir gak, mana satu Mr. M dia neh..
Yelah, kt FB, bukan semua sama.
Setelah beberapa minit menanti...
Haa, tu DIA! Dah maii... Kawan-kawan Si APPLE semua menanti kedatangan nak tengok SIAPA gerangan Mr.M.
Semua duk berpakat duk kat balkoni, ada yang duk intai Mr. M's APPLE.
Si APPLE lak dah cuak, sebab pertama kali nak jumpa ngan Mr. M.
Eeuww! Malulah saya~ hekhek :P
Penyakit gatal dah mula menyerang.
Setibanya menanti, ternampaklah seorang jejaka yang macho dan hensem berjalan ke arah APPLE.
Dalam hati APPLE pula berkata "Ishh, Ini ker Mr. M aku??"
Ahernya, Seperti Kera mendapat Bunga lah si APPLE, sedangkan pinjam tukul jer.
AHAHaHAHA.
Terkejut melihat jejaka yang berdiri dihadapannya begitu GOOD LOOKING.
Masa itu Mr.M memakai baju warna hitam. Cam baju sejuk, belang-belang hitam.
Apa entah namanya.
Saya tak pasti.
Haishh... APPLE mula terdetik dalam hatinya.
"Hensemnya mamat neh".
APPLE tidak pernah untuk meminta lelaki hadir dalam hidupnya.
Namun kehadiran Mr. M Merubah segalanya...
Bermula dari Kisah MR. M dan Si APPLE kenal melalu FB hingga ke KISAH TUKUL.
Bermula bibit-bibit kemesraan. Si APPLE mula hantar msg PERTAMANYA kepada MR. M,
untuk mengucapkan, TERIMA KASIH...
P/S: Tis story will be continue. So Dun forget to come back and read the continuity of tis story.
nak ekin sambungkan story ni??? hahahaha
ReplyDeleteNGADEW~ tok sah ea.
ReplyDeleteneh citer hak terpelihara taw.
diam2!
nak juga..part 2 nya dlm blog ekin..ahahahaha
ReplyDeleteehh... NO PLAGiARISM yah! :))
ReplyDelete