Friday, August 5, 2011

Ia bernama "Kehidupan"

Sebelum ni post saya agak merapu-rapu kan?
Iyalah, walaupun saya dah okay, tapi saya tetap lemah...
Kamu, saya hanya insan biasa.
Kadang-kadang kita tak kuat pun untuk menghadapi semua yang berlaku.
Sila bagi tahu saya siapa yang kuat, mampu terima dugaan hidup yang paling tercabar dalam seumur hidup.
Cuba bagitahu saya.
Ouhh... Tak ada sesiapa pun. Melainkan dia tu hati BATU, hati BESI.
Nak kikis pun tak boleh. 
Inikan pula kalau kena sambar petir mungkin tak berganjak pun dia dari tempat mana dia berdiri.


Tapi, jika sayalah berada kat tempat tu saya dah rebah, mencium bumi.
Sebab saya seorang yang lemah. Saya tak kuat. Buat kali ini, memang saya betul-betul tak berdaya...
Saya hilang kepercayaan pada diri, pada hidup.
Nasib saya mempunyai teman hidup. Teman semenjak saya lahir.
Teman saya sering memberikan nasihat, kata-kata perangsang dekat saya.
Mak, terima kasih mak. Kerana membesarkan anak-anak mu dengan tabah.
Maafkan Iyda jika Iyda ada buat salah dan silap selama ini.
Iyda buta. Buta dengan kehidupan luar.


Terima kasih gak kepada seseorang yang telah hadirkan diri dalam hidup saya pada bulan Febuari 2011.
Dia banyak memberi nasihat, teguran dekat saya. Menyedarkan saya dalam pelbagai perkara.
Dia tak pernah lekang marah jika saya buat sesuatu yang dia tak suka.
Terima kasih awak, sebab terima saya jadi sebahagian daripada hidup saya walaupun ia dalam masa yang amat singkat. Saya sangat rindui suara itu.


Kini, saya saya sendirian. Ditemani dengan C3 yang senyap tanpa bunyi.
Lappy yang menyambungkan aku dengan teknologi juga semakin membosankan.
Aku benci dengan keadaan ini. Aku sakit. Perit. Aku kuatkan juga.
Pengalaman membawa aku kepada sebuah erti kehidupan. 
Aku makin dekat denganNya. 
Aku bermohon jika DIA baik untuk aku di dunia dan akhirat, jadikanlah DIA sebahagian daripada hidupku. Amin.
Aku tak putus-putus berdoa.
Aku sayangkan DIA, mereka. Tapi jika ajalku lebih awal, aku redha.
Bukan ku pinta untuk mati, tapi aku dah tak berdaya lagi.


Mak aku sering berpesan. " Jangan cepat berputus asa... Allah marah jika kita berputus asa.' 
Banyak-banyaklah berIstighfar kepadanya kerana Allah itu MAHA MENDENGAR.
Aku masih teringat kata-kata nenek saudara ku. 
Dia ada berkata, "Bermohonlah kepada Yang Maha Esa. Berdoa dengan dia.
Sampai kita menangis pun tak apa. Tak salah."


Kawan-kawan aku juga ada yang memberikan kata-kata semangat kat aku.
Kata mereka, "Jika ada jodoh, tak ke mana."
Yang A  kata, "Allah memberikan kita dugaan kerana dia tahu kita kuat untuk hadapi semua ni"
Yang B pula kata, " Iyda kan happy go lucky. Teruskan. Apa-apa pun Iyda kena MOVE ON"
Yang C berbunyi, " Kalau seseorang lelaki itu menangis untuk kita, itu menandakan bahawa DIA benar2 sayangkan kita." Terus aku teringat kata2nya dekat aku. "Tanpa saya sedari, saya menangis..."
Tapi sekarang, masihkah ada erti SAYANG dalam hatinya??? Aku sendiri tidak tahu jawapan itu.
Yang D pula, "Ada hikmah semua ini berlaku. Apa2 pun kuatkan diri".
  
Aku berpegang kuat dan teguh dengan kata-kata mereka.
Aku jadikan kata-kata perangsang untuk aku bangunkan diri.
Ya, aku dah makin bangun dan sedikit kuat.
Terapi tersebut berjaya.
Aku kuatkan diri untuk tempuh kesemua jalan-jalan di Shah Alam, dimana tempat aku dan DIA pernah lalui.
Begitu juga dengan kereta aku. Last aku naik ngan DIA. Before aku dan DIA balik ke kampung masing-masing. Jauh lak tu. Seberang Laut sana! Fuhh~~ 
Ishh, aku dah mula mengalirkan air mata. Rindukan kenangan itu... Rindukan DIA.
Awak, saya lemah. Tolong jangan buat macam ni kat saya.


Iyda, awak mesti kuat. Jika tak kuat nanti MAK tengok, lagi MAK sedih.
Mak pun tengah kumpulkan semangatnya. Xpe MAK. Iyda sentiasa ada untuk MAK.
MAK jangan nangis taw. Iyda jadi sedih. Sedih dengan hubungan ini, dengan masalah KITA lagi.
Kita kuatkan MAK??? 
Iyda pun dah tak ada tempat mengadu. Sebab DIA dah xde untuk saya buat masa ni.
Tapi saya tebalkan muka cari DIA. Sebab DIA tahu segalanya. Mungkin saya tak patut cerita kat DIA.
Tapi hati tetap nakkan DIA! Kenapa!!!!
Tahu kenapa? Sebab saya sayangkan DIA sangat2~ Saya berani cabar, siapa berani kikis nama DIA dalam hati saya ni. 
Cubalah buat. Saya nak buktikan kepada DIA, bahawa saya BERPEGANG pada janji dan kata-kata saya.
Dan saya juga PERPEGANG pada janji-janji dan kata-kata DIA dekat saya, tempoh hari.
Itu jer semangat yang saya dapat daripada DIA.  Itu membuatkan saya terkesima sebentar... 





2 comments: