Berfikir untuk diri sendiri. Adakah benar ia terjadi?
Jangan salahkan takdir jika ia berlaku. Tak apa.
Aku menerima dugaanNya.
Alhamdulilah.
Tidak pernah serik untuk mengenali serta mendalami erti CINTA sebenar.
Siapa kata CINTA tidak diperlukan dalam hidup?
Tanpa cinta, tiadalah kasih sayang. Tiadalah wujudnya kita di dunia ini.
Cinta. Tapi apakah erti CINTA yang sebenar?
Cinta adalah merupakan satu perasaan yang wujud dalam diri seseorang...
Perasaan yang ikhlas lahir dari hati.
Satu perasaan sayang tidak boleh di paksa oleh sesiapa.
Perasaan Sayang yang datang tanpa perlu dimohon.
Dan ia akan ghaib walau sehebat mana seruan anda terhadapnya
Cinta dan kasih sayang adalah jiwa yang tak dapat di pisahkan.
Cinta yang datang dari ketulusan hati kan menjadi sejati.
Cinta bukanlah apa yang kamu lihat tapi apa yang kau rasakannya sendiri.
Iya, teramat indah jika kita dapat menghargai orang yang kita sayangi dan kita cintai.
Akan tetapi, hidup bukanlah seindah yang kita sangkakan.
Jangan anggap orang yang mampu tersenyum, di dalamnya juga mampu tersenyum.
Perasaan cinta ini akan hadir apabila kita benar-benar bahagia bila kita berada disampingnya.
Walaupun masalah mendampingi, hanya melihat orang yang dicintai, kita boleh melupakan masalah buat seketika.
Saya pernah merasai perasaan itu! Teramat INDAH!
Jika di beri peluang saya nak simpan pengalaman dan kuncikan saat-saat tersebut.
Tak dapat saya gambarkan bagaimana indahnya perasaan itu.
Satu sahaja saya belajar daripada pengalaman hidup.
Saya bukanlah matang dalam menghadapi dugaan hidup.
Tetapi pengalaman mengajar kita erti kehidupan.
Saya kaji dan selami keadaan tersebut.
Dalam sesuatu perkara, Jangan kita terlalu leka.
Hanya menyintai dia seadanya.
Jangan lupakan maha Agung, Maha Pencipta.
Jadi, saya hanya mengajar diri saya untuk mencintai dalam kadar sederhana.
Jadi, disebabkan saya takut untuk mempercayai Incik Cinta,
Saya berpegang teguh dengan kata-kata perinsip saya:
'Menerima adalah lebih baik daripada memberi.'
With Love,
Iyda Jame